Program Pelancaran Zon Bersih Bandar Pasir Puteh dan Gotong Royong Perdana Pasar Besar Pasir Puteh telah diadakan pada 18 safar 1431h / 3hb Februari 2010 (Rabu) bertempat di perkarangan letak kereta berbayar, depan bangunan Econjaya. Program ini bermula jam 9.00 pagi.
Program ini melibatkan Jabatan-jabatan Kerajaan di Jajahan Pasir Puteh sebagai ‘bapa angkat’ bagi kawasan-kawasan yang ditetapkan sebagai kawasan zon bersih jabatan tersebut
Program ini dirasmikan oleh YB Dato’ Hj. Takiyudin Bin Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Negeri Kelantan.