home split  awam split  pelancong split  warga split 
 gallery  Audio  Video  Mobile  Twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Mendengar Teks :  Select Text First, Then Press This Button
Pilih Latar Belakang :  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
bmbawah
ARKIB BERITA
   

Sambutan Hari Malaysia & Hari Kemerdekaan ke 54 Peringkat Negeri Kelantan

Sambutan Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan ke-54 bagi peringkat negeri Kelantan telah diadakan di padang Majlis Daerah Machang pada 16 September  2011. Majlis telah disempurnakan oleh YAB. Tuan Guru Dato' Bentara Setia, Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan diserikan dengan kehadiran dif-dif kehormat.

Majlis yang bermula seawal 8.00 pagi ini dimulakan dengan perarakan masuk kontijen-kontijen dari seluruh negeri Kelantan seramai 75 kontijen yang mana disertai lebih dari 1000 peserta. Majlis disemarakkan dan dimeriahkan dengan kehadiran orang ramai dan persembahan-persembahan kebudayaan antaranya Deklamasi Puisi Merdeka, Persembahan Tradisional Pelbagai Kaum dan juga persembahan daripada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Acara penyerahan dan menaikkan bendera Jalur Gemilang merupakan  acara kemuncak bagi majlis ini dan disusuli dengan bacaan doa selamat memohon kesejahteraan dan kemakmuran negara.

Kira-kira 2,000 pengunjung berbilang kaum hadir menyaksikan sambutan yang pertama kali diadakan di luar Kota Bharu ini.

 

   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
left left Mei 2012 right right
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini