Pertandingan Memancing
MDPP akan menganjurkan Pertandingan Memancing pada 12 Mac 2011 (Sabtu) di Gabion Tepi Sungai (Benteng) Pasir Puteh pada pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Hadiah
- Juara : RM10,000
- Hadiah menarik melebihi RM30,000 ditawarkan
- Menanti peserta bertuah hadiah utama sebuah motorsikal
Syarat-syarat Pertandingan:-
Antara syarat-syarat pertandingan adalah sebagaimana berikut:-
i) Pertandingan terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum
ii) Satu pendaftaran hanya untuk satu joran sahaja dengan jumlah bayaran sebanyak RM60 (Ringgit Malaysia:Enam Puluh Sahaja) per joran.
iii) Seratus (100) orang peserta pertama akan mendapat hadiah misteri yang akan diberikan oleh pihak penganjur sebaik mendaftar dan membuat bayaran pendaftaran
iv) Setiap joran yang memasuki pertandingan ini wajib dilekatkan dengan pelekat pertandingan yang akan disediakan oleh urusetia dan diberikan semasa pendaftaran dibuat
v) Hanya kaedah pancing dasar (bottom fishing) sahaja yang digunakan sepanjang pertandingan berlangsung
vi) Pelampung dan mata kail Apollo tidak dibenarkan sama sekali
vii) Umpan perut ayam dan lain-lain jenis umpan adalah dibenarkan melainkan umpan hidup tidak dibenarkan sama sekali
viii) Penghakiman adalah berdasarkan ikan yang hidup dan baru ditangkap dan akan pemilihan akan ditetapkan ke atas berat ikan yang ditangkap
ix) Juara adalah milik ikan yang terberat sepanjang pertandingan berlangsung
x) Hanya ikan yang dikail selepas siren perasmian dibunyikan dan sebelum siren penutup dibunyikan sahaja akan diterima oleh hakim untuk diadili
xi) Urusetia berhak membatalkan penyertaan sesiapa sahaja yang menyalahi peraturan pertandingan dan pada bila-bila masa sahaja sepanjang pertandingan berlangsung
xii) Jika terdapat timbangan ikan berat yang sama, maka masa akan menjadi penentu kepada keputusan tempat pemenang.
xiii) Semua jenis ikan yang munasabah dengan tempat memancing akan diterima dan diadili, jika menimbulkan keraguan, urusetia akan membuat keputusan sama ada terima atau tidak
xiv) Pendaftaran sahaja tetapi tidak memancing juga akan diterima (cabutan bertuah)
xv) Keputusan pengadil adalah muktamad, dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan
xvi) Keselamatan diri, keluarga, harta benda adalah di bawah tanggungjawab sendiri, dan pihak MDPP tidak bertanggungjawab atas apa-apa jua kerugian yang dialami oleh peserta sepanjang pertandingan ini berlangsung
xvii) Syayat-syarat tambahan sekiranya ada akan dimaklumkan oleh pihak urusetia hari pertandingan berlangsung.
INFOLINE:
EN.RAMLI – 013-924 3020
EN.MOHD YUSLIZAN – 019-943 0087
TN.HJ SHAMSUDDIN - 019-910 1240
TN.HJ ZARIR – 019-982 4219