home split  awam split  pelancong split  warga split 
 gallery  Audio  Video  Mobile  Twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Mendengar Teks :  Select Text First, Then Press This Button
Pilih Latar Belakang :  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
bmbawah
ARKIB BERITA
   

Naik Taraf Pusat Rekreasi Bandar Pasir Puteh

Pusat Rekreasi Bandar Pasir Puteh, atau lebih dikenali Tepi Sungai telah dinaik taraf tebingnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pasir Puteh, melibatkan peruntukan kos sebanyak RM 5 juta. Benteng ini telah siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2010. Kini kawasan ini dikenali sebagai Benteng Tepi Sungai Pasir Puteh. Tempat ini kini menjadi kawasan tumpuan dan tarikan orang ramai terutamanya pada waktu petang, kerana ianya mempunyai elemen yang menarik serta menenangkan fikiran.

Tempat ini juga menjadi tarikan kepada kaki pancing kerana setiap petang, pasti ada kaki-kaki pancing yang datang untuk melestarikan hobi mereka. Antara ikan yang menjadi buruan kaki pancing ialah patin, lampan jawa, haruan, toman, tilapia, keli, sebarau, puyu dan sebagainya. Rekod dan pengalaman yang pernah dipegang oleh seorang kaki pancing ialah pernah mendapat hasil buruan ikan patin seberat 18 kilogram. Selain itu, ikan toman juga seringkali tersangkut di mata pancing melebihi 3 kilogram dengan menggunakan umpan ikan hidup.

 

Benteng Tepi Sungai Pasir Puteh


Benteng sungai ini bersambung dengan Sungai Semerak dan Sungai Bukit Gedombak, yang menjadikan penghuni kepada sungai agak lumayan dan menarik kepada kaki pancing. Menyediakan kawasan lapang yang dipayungi pokok renek dan rimbun, menyebabkan ramai remaja beristirehat pada waktu petang dan hujung minggu disamping melihat panorama kehidupan Bandar Pasir Puteh. Disamping itu, tugu peringatan TOK JANGGUT menjadi satu menumen dan mercu tanda di kawasan ini kepada generasi baru tentang asal dan kemegahan Pasir Puteh yang telah menjadi catatan sejarah. Kawasan yang bersih dan tenang menjadi daya penarik kepada pencinta alam disamping membeli belah di Bandar Pasir Puteh. Anda pasti akan tertarik sekiranya anda berkunjung ke Pasir Puteh pada hari ini.

 

Benteng Tepi Sungai Pasir Puteh



Jagalah kebersihan Bandar Pasir Puteh untuk keselesaan bersama dan untuk kelestarian generasi akan datang.

~ PASIR PUTEH COMEL SOKMO ~

 

  

   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
left left Mei 2012 right right
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini