home split  awam split  pelancong split  warga split 
 gallery  Audio  Video  Mobile  Twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Mendengar Teks :  Select Text First, Then Press This Button
Pilih Latar Belakang :  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
bmbawah
ARKIB BERITA
   

Majlis Angkat Sumpah AM MDPP Tahun 2011

PASIR  PUTEH  –  Seramai  19  orang  Ahli  Majlis telah mengangkat  sumpah  menerima  jawatan sebagai Ahli Majlis , Majlis  Daerah  Pasir  Puteh bagi sesi tahun 2011. Majlis ini diadakan di Bilik Gerakan, Majlis Daerah Pasir Puteh. Majlis ini telah disempurnakan oleh YABrs Tuan Haji Fauzi bin Mat, Tuan  Yang  Dipertua  Majlis Daerah Pasir Puteh, dan dihadiri oleh En. Mohd Shamsul Baharin bin Isa,  Setiausaha,  YB  Ustaz Mohamad bin Hussain, Parlimen Pasir Puteh, YB En. Saiful Bahrin bin Mohammad, ADUN Selising, En. Wan Hassan bin Wan Ibrahim, ADUN Semerak dan YB Dr. Nik Mazian bin Nik Mohamed, ADUN Ga’al. Hadir sama pada majlis tersebut ialah semua ketua unit Majlis Daerah Pasir Puteh.

Dalam ucapan alu-aluan YABrs Tuan Yang Dipertua, beliau telah menyatakan hasrat untuk sama-sama berganding bahu dengan semua Ahli Majlis yang telah dilantik; sama ada lantikan baru atau lantikan sedia ada, untuk sama-sama menentukan hala tuju Majlis Daerah Pasir Puteh sepanjang tempoh perkhidmatan beliau. Justeru itu, beliau mengharapkan sokongan dan komitmen yang padu dari semua pihak untuk menggerakkan MDPP supaya lebih maju dan berdaya saing. Tuan Yang Dipertua juga mengingatkan kepada semua Ahli Majlis bahawa mereka perlu memainkan peranan yang lebih agresif, terutamanya dalam langkah-langkah meningkatkan hasil MDPP. Penguatkuasaan perlu diberikan perhatian yang serius dalam segenap aspek, terutamanya yang berkaitan dengan hasil seperti    lesen perniagaan, kelulusan binaan bangunan, pembinaan haram, cukai pintu, tempat letak kereta berbayar, sewa kedai dan projek-projek usahasama dan sebagainya.

Majlis ini telah berlangsung dengan lancar di bilik Gerakan  MDPP,  dengan  menyaksikan  seramai  19  Ahli Majlis  yang  baru  dengan  En.  Lua  Chiaw Hian mewakili Kaum Cina di Bandar Pasir  Puteh  sebagai  wakil  tunggal kaum  Cina  dan  Puan  Nor  Ashikin  binti  Musa   sebagai wakil tunggal  bagi  kaum  muslimat.  Manakala  lantikan baru mengemukakan YBhg. Dato’ Hj. Wan Mohd Fauzi bin Wan Husian dan Mej (B) Mat Udin bin Daud.  Ahli  Majlis Yang digugurkan pada tahun ini ialah Lim Min Wang,  En. Awang bin Ismail dan Mej (B) Tn. Hj. Mohamad bin Ismail.

Majlis Angkat Sumpah dan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MDPP Bagi Tahun 2011

 

Majlis Angkat Sumpah dan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MDPP Bagi Tahun 2011

 

Majlis Angkat Sumpah dan Penerimaan Jawatan Ahli Majlis MDPP Bagi Tahun 2011 

   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
left left Mei 2012 right right
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini