home split  awam split  pelancong split  warga split 
 gallery  Audio  Video  Mobile  Twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Mendengar Teks :  Select Text First, Then Press This Button
Pilih Latar Belakang :  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
bmbawah
ARKIB BERITA
   

Kelab Doktor Muda Promosi Penjagaan Kesihatan

PASIR PUTEH 3 Julai - Dalam satu program yang diadakan, penampilan mereka nampak meyakinkan dan lebih menonjol semasa berada dalam lingkungan rakan-rakan, persis pegawai perubatan yang bersedia menghulurkan bantuan.

Mereka adalah anggota Kelab Doktor Muda (KDM) yang dianggotai sekumpulan terpilih di setiap sekolah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan sejajar dengan peranan yang bakal mereka laksanakan.

Keanggotaan mengambil kira kecemerlangan akademik, kecergasan fizikal, berpersonaliti menarik, memiliki sifat kepimpinan, bertanggungjawab, berpengaruh dan suka menolong.

Murid terlibat kemudian dilatih dari segi pengetahuan dan kemahiran dalam beberapa aspek kesihatan yang relevan untuk menjadi pembimbing rakan sebaya atau agen perubahan sikap dan mempromosikan amalan kesihatan.

Program anjuran Kementerian Kesihatan bersama Kementerian Pelajaran ini dilaksanakan di sekolah rendah di seluruh negara dan di Kelantan, sambutan warga sekolah amat memberangsangkan.

Sejak digerakkan secara aktif dalam tahun 2000, sebanyak 68 buah sekolah rendah dengan 1,895 pelajar yang terlibat di dalam program yang mendekatkan mereka dengan peranan dan kerjaya sebagai pegawai perubatan yang bertanggungjawab.

Program Doktor Muda telah diterima oleh Jawatankuasa Bersama Kesihatan Sekolah peringkat negeri dan dijadikan satu pendekatan dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat (BPSS) untuk merealisasikan teras utama kemahiran kesihatan diri.

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Laila P. Mohamad Meeran berkata, program Doktor Muda ini menggunakan rangka kerja kecemerlangan Melalui Amalan Hidup Sihat di mana warga pendidik mempunyai matlamat untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketrampilan.

Ketika ditemui pada Majlis Perasmian Konvensyen KDM Ke-10 peringkat negeri Kelantan di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh, di sini baru-baru ini beliau berkata, peranan 'Doktor Cilik' melalui perkongsian pintar dua kementerian digerakkan berasaskan modul yang ditetapkan. Katanya, konvensyen KDM yang diadakan setiap dua tahun sekali di peringkat negeri dan kebangsaan menjadi kayu pengukur kepada setiap KDM dalam mencapai kecemerlangan menerusi aktiviti yang dipertandingkan.

Program dwitahunan ini bertujuan menilai kemampuan, kreativiti dan kemahiran para doktor muda bertindak dalam menangani isu lingkungan rakan sebaya.

Menurutnya, kerjasama padu di antara guru dan kakitangan kesihatan dipertingkatkan bagi mencapai matlamat menghasilkan pelajar tahun 4, 5 dan 6 yang terpilih dan terlatih.

Pengetahuan"Secara umumnya, kita boleh andaikan bahawa tahap pengetahuan kesihatan di kalangan murid sekolah yang melaksanakan program KDM adalah lebih tinggi berbanding dengan pelajar di sekolah lain.

Walau bagaimanapun, Dr. Laila berkata, penemuan Kajian Keberkesanan Program Doktor Muda Di Sekolah Rendah Negeri Kelantan, Terengganu Dan Pahang (2004) telah memberi cabaran kepada pelaksanaan program ini.

Ia menuntut supaya tumpuan diberikan kepada hasrat asal KDM iaitu pendidikan rakan sebaya oleh doktor muda dan bukannya terarah untuk menempa nama dan kejayaan dalam setiap konvensyen semata.

Program ini berkonsepkan penyampaian pendidikan kesihatan dari pelajar kepada pelajar dan kegiatan kokurikulum ini sewajarnya diperluaskan lagi dengan pendekatan lebih kreatif.

''Guru, jururawat, Pembantu Perubatan dan Doktor dari Klinik Kesihatan yang berdekatan sekolah adalah tenaga pengajar dan pembimbing dalam menyampaikan pendidikan kesihatan. "Kajian mendapati lebih 90 peratus Doktor Muda bersetuju bahawa program yang disertai mereka berjaya membantu meningkatkan pengetahuan, membangun perkembangan kendiri dengan aktiviti luar bilik darjah, menyeronokkan, bertepatan, efisien dan boleh diterima oleh mereka," katanya.

Dr. Laila berkata, manakala 50 hingga 89 peratus turut menyatakan bahawa mereka telah mengamalkan cara hidup yang lebih sihat, berupaya mengajar orang lain dan mendapat persepsi lebih baik dari rakan sebaya.

Dalam konteks ini, katanya, tahap pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang tinggi di kalangan Doktor Muda hanyalah merupakan indikator proses bagi keseluruhan pelaksanaan program doktor muda.

"Kita tidak seharusnya lupa bahawa konsep dan hasrat Program Doktor Muda adalah pendidikan yang berkonsepkan rakan sebaya.

''Ini bermakna keberkesanan pemindahan maklumat kesihatan daripada Doktor Muda kepada rakan sedarjah hendaklah dijadikan impak utama bagi menilai kejayaan program ini," katanya.

   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
left left Mei 2012 right right
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini