home split  awam split  pelancong split  warga split 
 gallery  Audio  Video  Mobile  Twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Mendengar Teks :  Select Text First, Then Press This Button
Pilih Latar Belakang :  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
bmbawah
ARKIB BERITA
   

Hari Anugerah Perhidmatan Cemerlang

PASIR PUTEH – 4 Januari 2011; Majlis Daerah Pasir Puteh telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2009. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Utama, Majlis Daerah Pasir Puteh (Dewan Baru, Jalan Klinik) dan dihadiri oleh semua kakitangan dan pihak pengursan MDPP.

Majlis ini diadakan adalah bagi meraikan perkhidmatan cemerlang yang telah diberikan oleh MDPP kepada dua (2) orang kakitangan yang terpilih serta meraikan seorang kakitangan MDPP yang telah bersara pilihan. Penerima anugerah APC ialah En. Che Mohd Idris bin Said (Pekerja Rendah Awam khas), dan Puan Zaini binti Abdullah (Pembantu Tadbir), masing-masing menerima sijil anugerah dan imbuhan sebanyak RM 1,000.00 setiap seorang.

Terdahulu dalam ucapan aluan YABrs Tuan Yang Dipertua MDPP, Tuan Haji Fauzi bin Mat mengucapkan tahniah di atas kejayaan kakitangan yang telah berjaya menerima anugerah pada hari ini. Beliau meminta supaya khidmat bakti akan terus lebih cemerlang pada masa-masa akan datang dan perlu menjadi contoh kepada kakitangan yang lain. Beliau juga menyatakan bahawa anugerah ini adalah sebagai suatu kayu ukur dalam perkhidmatan dan setiap kakitangan perlu merebut peluang yang disediakan oleh jabatan untuk menjadi yang terbaik di kalangan yang baik.

Memetik ucapan Tuan Yang Dipertua, beliau telah menyuntik kembali semangat kakitangan dengan menjelaskan objektif utama MDPP ditubuhkan dan menegaskan bahawa MDPP adalah suatu organisasi yang bersifat lebih kepada perkhidmatan masyarakat dan setiap kakitangan perlu memainkan peranan yang sewajarnya supaya masyarakat menilai kredibiliti dan keupayaan MDPP pada tahap yang sepatutnya.

 

Encik Cik Mohd Idris Menerima Anugerah

Encik Cik Mohd Idris Menerima Anugerah Daripada Tuan Yang DiPertua

Pn.Zaini Abdullah Menerima Anugerah

Pn.Zaini Abdullah Menerima Anugerah Daripada Tuan Yang DiPertua

En.Hussain Menerima Anugerah

En.Hussain Menerima Anugerah Daripada Tuan Yang DiPertua

   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
left left Mei 2012 right right
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini