home split  awam split  pelancong split  warga split 
 gallery  Audio  Video  Mobile  Twitter  Forum 
  Saiz Teks  Kecilkan Teks Teks Asal Besarkan Teks   Mendengar Teks :  Select Text First, Then Press This Button
Pilih Latar Belakang :  Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang Tukar Warna Latarbelakang
Warna Kontras  Normal Contrast Medium Contrast Dark Contrast Middle Contrast
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
bmbawah
Gotong Royong Pasar Besar Pasir Puteh
   

PASIR PUTEH – 8 Disember – Satu gotong-royong telah diadakan di kawasan Pasar Besar Pasir Puteh dan kawasan sekitar pusat bandar. Program ini adalah untuk menjalinkan hubungan erat antara peniaga pasar dan kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh.

Aktiviti ini kurang mendapat sokongan dan kerjasama peniaga-peniaga dalam pasar memandangkan hanya segelintir peniaga sahaja yang sama-sama menjalankan kerja-kerja gotong-royong dan pembersihan.

Program ini turut dihadiri oleh YABrs Tuan Yang Dipertua MDPP, Tuan Setiuasaha dan juga Ketua-Ketua Unit MDPP. Program yang dilaksanakan selama satu hari yang bermula jam 8.30 pagi itu telah berjaya menyelesaikan masalah longkang tersumbat dan pengaliran air ke dalam saluran longkang yang besar. Masalah ini seringkali wujud bilamana berlaku hujan lebat atau banjir.

Menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh, Tuan Haji Fauzi bin Mat, program seperti gotong-royong ini perlu dilaksanakan secara berkala pada setiap tahun, bagi mengelakkan timbulnya masalah-masalah yang telah diatasi (longkang tersumbat). Justeru beliau menyeru para peniaga dalam pasar supaya sentiasa menjaga kebersihan pasar kerana di situlah sumber pencarian mereka dan seharusnya mereka adalah terlebih sensitif dengan perkara kebersihan ini. Beliau juga meminta kerjasama peniaga supaya lebih melibatkan diri dalam program gotong-royong seperti ini pada masa akan datang dan mencari alternatif sendiri melalui persatuan peniaga pasar besar dalam menyelesaikan masalah kebersihan dan tidak terlalu bergantung kepada program yang dikendalikan oleh MDPP.

Gotong-royong Pasar Besar Pasir Puteh Gotong-royong Pasar Besar Pasir Puteh
Gotong-royong Pasar Besar Pasir Puteh Gotong-royong Pasar Besar Pasir Puteh


 

   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
left left Mei 2012 right right
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
31 1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini