Bomba Sukarela MDPP Mendapat Jentera Arena
PASIR PUTEH, 30 Januari 2011: Pasukan bomba sukarela Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) telah menerima sebuah jentera arena yang lengkap dengan peralatan memadamkan kebaran.
Selama 12 tahun penubuhannya iaitu pada tahun 1999 dengan keahlian seramai 25 orang yang terdiri daripada staf-staf MDPP sendiri ,pasukan ini telah mendapat peralatan asas memadamkan kebakaran seperti water pump dan water host. Kini, seramai 30 orang ahli telah mendaftar sebagai aggota bomba sukarela dan ia merupakan satu pencapaian yang harus dibanggakan.Tujuan utama penubuhan adalah bagi menyahut saranan pihak kerajaan bagi memastikan setiap daerah mempunyai satu pasukan Bomba Sukerala disamping membantu pihak bomba yang terhad pada masa itu.
Latihan sepenuhnya diberikan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Pasir Puteh. Antara latihan yang di berikan adalah latihan memadamkan kebakaran , menyelamatkan mangsa yang terperangkap dalam makmal (bangunan) dan sebagainya. Pasukan bomba sukarela juga menyertai konvensyen peringkat Kebangsaan pada setiap tahun.
Antara sumbangan nya adalah seperti membantu pihak bomba dalam memadamkan kebakaran di Bangunan Mutiara Shopping Centre dan juga usaha mencari mangsa lemas di Lagun semerak.
Justeru itu, dengan adanya peralatan baru ini, ia akan dapat melancarkan lagi usaha-usaha bantuan.