SUMBANGAN MDPP
SUMBANGAN MDPP
EKONOMI
- Membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tempatan (bina pasar/kedai/kiosk).
- Mempercepatkan pertumbuhan Bandar.
- Mengenalpasti pembangunan yang berpotensi untuk menjana pendapatan majlis dan masyarakat.
- Mengawal aktiviti perniagaan (pasar besar/pasar borong/pasar minggu/pasar malam).
PELANCONGAN
- Mengawal dan mengekalkan kebersihan dan keindahan pusat rekreasi.
- Mempromosikan kawasan pelancongan (pantai dan kawasan air terjun).
- Menaik taraf kemudahan dan infrastruktur di kawasan pusat rekreasi.
- Mengadakan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta bagi menggalakan industri pelancongan tempatan.
KEBUDAYAAN
- Mengekalkan warisan sejarah sedia ada di Pasir puteh (Tok Janggut/ Wakaf Tuan Farrer/ kubur Tengku Seri Maharaja Jeram).
- Mempromosikan warisan sejarah dengan kerjasama agensi pelancongan dan pihak yang berkaitan (kementerian).
- Menaik taraf / memberi suntikan baru mengenai warisan sejarah di Pasir Puteh (Tugu Tok Janggut).
- Memberi galakan kepada penggiat seni dengan mengadakan persembahan dan pertandingan yang berbentuk kesenian dan kebudayaan.
KEAGAMAAN
- Melestarikan moto kerajaan negeri ‘Membangun Bersama Islam’ .
- Menekankan konsep kerja secara ‘Ubudiyah, Mas’uliyah dan Itqaan (U.M.I).
- Hari Jumaat-muzik tidak dibenarkan petang Khamis hingga petang Jumaat.
- Kedai makan wajib menyediakan pekerja yang berpakaian sopan, menutup aurat dan menjalankan perniagaan yang dibenarkan.
- Jualan minuman keras / arak tidak dibenarkan sama sekali.
- Tidak mengeluarkan lesen judi, loteri, toto dan sebagainya.
- Mengadakan sesi tazkirah setiap minggu kepada kakitangan dan orang awam (pasar minggu).
PENDIDIKAN
- Menekankan konsep U’budiyah, Mas’uliyah dan Itqaan dalam segenap aspek kegiatan masyarakat mendidik masyarakat menjaga kebersihan dan keindahan bandar dan alam sekitar.
- Mendidik masyarakat supaya mematuhi peraturan dan undang-undang (penguatkuasaan).
- Kepentingan menjaga kelestarian alam (zonning kawasan / rancang pembangunan / pusat pengumpulan sisa pepejal dan sebagainya).
- kepentingan menjaga kemudahan awam untuk kepentingan bersama.
- Pendidikan kesihatan dari segi penggredan kedai makan dan restoran.
KEMASYARAKATAN / KEBAJIKAN
- Membuang kacau dan ganggu di kawasan awam (lembu/kerbau/kambing mati dilanggar).
- Menyelesaikan masalah pemilikan dan pecah sempadan tanah milik individu.
- Mengadakan aktiviti gotong royong (bersih pasar / kubur / masjid / sekolah rakyat dan sebagainya).
- Bantuan kecemasan oleh pasukan bomba sukarela (kemalangan / lemas / kebakaran dan sebagainya).
- Kutipan sampah, potong rumput, lampu jalan di kawasan luar operasi majlis.
- Bilik gerakan banjir / pengkalan hadapan / pusat pemindahan .