Senarai Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh MDPP
- Permohonan dan kelulusan pelan bangunan.
- Permohonan dan Kelulusan Sijil Kelayakan Menduduki bangunan.
- Khidmat Nasihat bagi pembinaan sesebuah bangunan kekal
- Kawalan pembangunan dalam kawasan bandar dan luar bandar.
- Mengawal dan merancang pembangunan untuk semua penduduk dalam kawasan majlis
- Mengeluarkkan Sijil Kebenaran Merancang bagi perancangan yang dibuat oleh pihak perancang swasta.
- Menyediakan perkhidmatan Bandar seperti kutipan sampah di kawasan Bandar, pinggir Bandar, taman perumahan dan kawasan kampung.
- Menyediakan perkhidmatan lampu jalan bagi jalan utama yang dikenalpasti, simpang-simpang jalan dan jalan-jalan taman perumahan
- Menyediakan perkhidmatan perlesenan dengan mengeluarkan pelbagai jenis lesen perniagaan yang berbentuk kekal di sesebuah premis, berbentuk penjaja, iklan dan permit-permit hiburan sementara.
- Menyediakan perkhidmatan sewaan peralatan khemah untuk majlis-majlis rasmi dan kenduri.
- Perkhidmatan pembersihan Bandar dan pusat-pusat rekreasi
- Mengawal tempat-tempat perniagaan seperti pasar minggu, pasar tani dan pasar malam.
- Menjalankan operasi hiburan haram – tiada permit dan melanggar peraturan
- Menjalankan operasi ternakan haiwan merayau di seluruh kawasan Majlis
- Menjalankan operasi bangunan haram – tiada kelulusan pelan dan binaan di atas tanah kerajaan atau rezab jalan, sungai, kawasan-kawasan yang tidak dibenarkan.
- Mengawal tempat letak kereta dalam kawasan Bandar dengan menyediakan kemudahan petak letak kereta berbayar.
- Mengawal premis-premis yang menjual barangan yang tidak dibenarkan seperti minuman keras, pil khayal, video cetak rompak.
- Mengawal premis-premis kedai makan yang menyediakan hiburan berbentuk karaoke, mengambil langkah penjagaan kesihatan dan menyita kedai-kedai makan yang tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
- Mengenalpasti tanah-tanah kerajaan yang berpotensi untuk dibangunkan bagi kemudahan dan naik taraf ekonomi rakyat setempat.
- Menyediakan kaunter aduan pelanggan untuk masyarakat mengutarakan permasalahan mereka kepada Majlis, samada berkait dengan pentadbiran atau perkhidmatan majlis, ataupun berkaitan dengan jabatan-jabatan kerajaan lain di Pasir Puteh.
- Membuka peluang-peluang perniagaan kepada individu yang berkelayakan dan mempunyai modal untuk berniaga dengan membina kedai dan gudang dalam Bandar dan kawasan-kawasan yang berpotensi dengan kadar sewa yang berpatutan.
- Membina jalan bandaran dan membaikpulih jalan-jalan penggawa yang sedia ada untuk keselamatan dan kemudahan kepada penduduk.
- Mempromosi, membaik pulih, menaik taraf dan menyelenggara semua tempat-tempat rekreasi dan pelancongan dalam kawasan Majlis.