Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks 
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
RANCANGAN TEMPATAN PASIR PUTEH 2010
   

APA ITU RANCANGAN TEMPATAN PASIR PUTEH 2010 ?

Rancangan Tempatan (RT) Pasir Puteh merupakan satu dokumen perancangan yang menyatakan semua cadangan pembangunan guna tanah dan fizikal secara terperinci mengikut lot-lot tanah bagi kawasan yang telah ditetapkan menjelang tahun 2010.  RT Pasir Puteh disediakan mengikut peruntukan di bawah seksyen 12(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).

RT Pasir Pueh 2010 telah diwartakan pada 27 Mac 2003 dengan nombor warta 214 dan telah diguna pakai sebagai salah satu syarat dalam mempertimbangkan permohonan pemajuan tanah.

KENAPA PENGUBAHAN RT DIPERLUKAN ?

Di bawah subseksyen 18(1) dan 18(3) Akta 172, penggunaan tanah dan bangunan yang akan dimajukan dan dikemukakan permohonan kebenaran merancang (KM), ia hendaklah selaras dengan rancangan pemajuan (rancangan struktur dan rancangan tempatan).

Ini bermakna sekiranya terdapat permohonan KM yang tidak selaras dengan peruntukan RT, pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) masih boleh menimbang permohonan tersebut sekiranya ianya relevan dengan perkembangan semasa.

Walau bagaimanapun, PBPT hendaklah membuat pengubahan terhadap RT berkenaan sebelum KM dikeluarkan.  PBPT juga telah meluluskan beberapa pembangunan bagi tujuan ubah syarat dan pecah sempadan.

Oleh yang demikian pengubahan ke atas rancangan tempatan sedia ada, iaitu khususnya peta cadangan gunatanah bagi kawasan-kawasan tersebut, perlu dibuat selaras dengan kehendak Akta 172 untuk mengawal perancangan dan pembangunan akibat  tekanan pembangunan yang diterima.


MENGAPA PERANAN AWAM PENTING

Orang awam adalah pihak yang terlibat secara langsung terhadap pembangunan yang dilaksanakan.  Suatu pembangunan yang dimajukan akan dihuni oleh pihak awam sebagai penduduk tempatan.

Orang awam berperanan penting dalam semua peringkat perancangan sama ada sebelum, semasa atau selepas ianya dilaksanakan.

Agensi pelaksana memerlukan maklum balas atau responsif daripada pihak awam pada peringkat awal agar perancangan yang dijalankan tidak terkeluar daripada matlamat merancang untuk rakyat.

Orang awam dapat membantu agensi pelaksana membuat perancangan dengan lebih berkensan.
 

PROSES PENGUBAHAN RANCANGAN TEMPATAN
 

1) Disediakan oleh PBT (Subseksyen 16(1))

2) Disediakan oleh PBT atas arahan JPN (Subseksyen 16(2))

  • Publisiti rancangan tempatan pengubahan (Seksyen 13)
  • Siasatan dan pendengaran awam (Seksyen 14)
  • Kelulusan atau penolakan rancangan tempatan pengubahan (Seksyen 15)


3) Disediakan oleh Pengarah Negeri (Subseksyen 16A(21))

 
   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
September 2010
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini