- Komitmen kami adalah meningkatkan perkhidmatan yang cekap, berkualiti dan mesra
- Kami menjamin untuk mempertingkatkan kepuasan dan hubungan mesra dengan masyarakat
- Kami berjanji bahawa pencapaian cemerlang adalah matlamat kami bersama
A.) Bahagian Pentadbiran
1) Melayan pertanyaan pelanggan dalam masa - 5 minit.
2) Menerima sebarang aduan pelanggan secara bertulis - 5 minit
3) Menerima aduan pelanggan melalui telefon - 5 minit
4) Permohonan sewa dewan, padang dan kenderaan - 10 minit
5) Permohonan kelulusan permit hiburan - 20 minit
B.) Bahagian Pembangunan dan Kejuruteraan
1) Menguruskan permohonan mendirikan bangunan - dua minggu.
2) Permohonan Sijil Kelayakan Duduk - satu hari.
3) Permohonan membaiki jalan rosak - 20 minit
4) Permohonan lampu jalan - 10 minit
5) Menjalankan lawat periksa tapak cadangan pembinaan – 1 hari
6) Permohonan sewaan jentera – 10 minit
C.) Bahagian Perlesenan, Kebersihan dan Keindahan Bandar
1) Menerima permohonan lesen perniagaan – 10 minit
2) Memproses permohonan lesen perniagaan – 30 hari
3) Menerima dan memproses permohonan permit sementara – 60 minit
4) Menerima dan memproses lesen iklan – 30 minit
D.) Bahagian Kewangan
1) Menerima bayaran cukai Bandar / pintu akan diselesaikan dalam masa 10 minit.
2) Menerima bayaran lesen perniagaan akan diselesaikan dalam masa 10 minit.
3) Menerima bayaran sewa loji akan di selesaikan dalam masa 10 minit.
4) Menerima bayaran sewa dewan akan di selesaikan dalam masa 10 minit
5) Menerima bayaran sewa kedai MDPP akan di selesaikan dalam masa 10 minit.
6) Menerima bayaran saman parkir – 10 minit
7) Menerima bayaran deposit kelulusan pelan bangunan – 10 minit
8) Menerima sebarang bayaran kompaun – 10 minit
9) Menyediakan baucer bayaran kepada pembekal – 14 hari
10) Membuat bayaran kepada pembekal – 10 minit
E.) Bahagian Penguatkuasa
1) Proses tebus/mengkompaun ternakan merayau akan dapat di selesaikan dalam masa 30 minit.
2) Permohonan pemasangan kain rentang/iklan-iklan sementara akan dapat di luluskan dalam masa 30 minit.
F.) Bahagian penilaian
1) Memberi peluang kepada pelanggan menyemak tunggakan dan nilai cukai taksiran yang di kenakan dalam kawasan yanag di kuatkuasakan akan dapat di selesaikan dalam masa 10 minit.
2) Mengendalikan kes-kes rayuan cukai taksiran dalam masa 1 bulan (bergantung kepada kes).
3) Mengenalpasti kes-kes baru untuk di kuatkuasakan cukai taksiran.
4) Menyemak dan menyediakan senarai nilaian bagi kes-kes baru.
5) Menetapkan kadar dan nilai taksiran bagi bangunan-bangunan yang telah siap di bina.