Soalan 1
Apa itu cukai taksiran?
Jawapan
Cukai Taksiran Am ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti :
- Bangunan Kediaman
- Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel
- Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang)
- Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)
- Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Pasir Puteh.
Soalan 2
Bilakah Tempoh Bayaran Cukai Taksiran perlu dijelaskan?
Jawapan
Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun iaitu :-
* 1/2 tahun pertama - 1hb Januari hingga 28hb Februari setiap tahun
* 1/2 tahun kedua - 1hb Julai hingga 31hb Ogos setiap tahun
Soalan 3
Bilakah Bil/Notis Cukai Taksiran Am Dikeluarkan?
Jawapan
Bil Cukai Taksiran Am diserahkan/diposkan pada:-
- Januari - 1/2 tahun pertama
- Julai - 1/2 tahun kedua
Notis (Borang E) diserahkan/diposkan pada:-
- Mac - 1/2 tahun pertama
- September - 1/2 tahun kedua
- 1
- 2
- 3
- 4
- berikut ›
- terakhir »