MENU

8. Undang-undang kecil taman 1987

  • Undang-undang ini diwartakan pada 1986 di bawah seksyen 103. Undang-undang ini ditubuhkan bagi menjaga kebersihan dan keharmonian taman di bawah jagaan pihak MDPP. Antara kesalahan-kesalahan yang tidak boleh dilakukan adalah seperti merosakan kemudahan yang disediakan di taman tersebut. Yang dipertua boleh menutup sesuatu taman atau mana-mana bahagian daripadanya pada bila-bila masa. Pihak MDPP berkuasa mendenda, mengkompaun atau penalti pihak yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

9. Undang-undang Kecil Mencegah kekotoran 1983

  • Undang-undang ini diwartakan pada 1Julai1983. Undang-undang ini ditubuhkan bagi menjaga kebersihan kawasan MDPP. Undang-undang ini terpakai bagi seluruh kawasan MDPP di bawah peruntukan Seksyen 3 Akta Kerajaan Tempatan 1976.
  • Antara tindakan-tindakan yang boleh menyebabkan kesalahan adalah seperti berikut:
  • Menempatkan, menyimpan, membuang, membenarkan atau menempatkan kekotoran di tempat-tempat awam.
  • Mengeringkan bahan-bahan seperti makanan, barang, atau benda ditempat awam.
  • Membuang dan menempatkan sampah sarap serta menumpahkan cecair yang berbahaya seperti darah, air garam, atau bahan-bahan lain yang kotor dan berbau busuk di tempat -tempat awam.
  • Membuang, menumpahkan atau menyingkirkan apa-apa jenis kekotoran sama ada di tempat awam serta melalui kenderaan bergerak atau tidak bergerak.
  • Membuang atau mengacukan kapur abu, pasir, arang, rambut, kertas yang tidak diguna, bulu, atau bahan-bahan lain sama ada secara perbuatan atau di bawa angin ke tempat-tempat awam.
  • Membuang atau meninggalkan barang-barang seperti botol, tin, bekas makanan, pembalut makanan, atau barang-barang lain di tempat-tempat awam.
  • Menyimpan, membuang, meninggalkan atau mnempatkan bahan-bahan pembinan, pembersihan atau perobohan bangunan seperti simen, batu, tanag, pasir, kayu dan bahan-bahan lain di tempat-tempat awam. Di samping itu, pihak yang bertanggungjawab dalam kerja-kerja berikut yang gagal mengambil langkag-langkah keselamatan serta mengamcam keselamatan, kepentingan serta kesihatan orang awam.