MENU

Pesta Memancing Majlis Daerah Pasir Puteh bagi tahun 2016 akan diadakan pada 20 Ogos 2016 bersamaan 20 Zulkaedah 1437H bertempat di Pantai Bisikan Bayu. Program ini merupakan anjuran daripada Badan Kebajikan dan Sukan MDPP(BERKAT) dengan kerjasama dari Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan. Juara pertandingan akan menerima hadiah berupa wang tunai manakala cabutan bertuah utama adalah sebuah motosikal. Disamping itu pelbagai hadiah menarik menanti peserta pesta tersebut.