MENU

Pada 22 Februari 2014 bersamaan 22 Rabiulakhir 1435H, Majlis Daerah Pasir Puteh telah mengadakan satu program Gotong-royong Perdana di Pantai Bisikan Bayu. Program ini di anggotai oleh kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh dari Bahagian Kesihatan dan Persekitaran. Program ini bermula jam 9.00 pagi hingga jam 12.00 tengahari. Gotong-royong ini diharap dapat menjadikan tempat pelancongan kita dalam keadaan bersih, indah dan ceria bertepatan dengan slogan MDPP iaitu mengamalkan ‘Bersih, Indah, Ceria, Sejahtera’.