MENU

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Secara 'In-House'

Kursus Pengurusan Fail dan Rekod Secara 'In-House' ini diadakan pada 08 - 10 Oktober 2013 bertempat di Bilik Gerakan Majlis Daerah Pasir Puteh.

Objektif Umum :

Untuk meningkatkan kemahiran peserta dalam pengurusan fail dan rekod kerajaan.

 

Objektif Khusus :

  • Mendapat pengetahuan mengenai Pengurusan Rekod Kerajaan secara teori dan amali, cukup untuk melaksanakan tanggungjawab Pengurusan Fail dan Rekod di jabatan masing-masing;
  • Mendapat kefahaman dalam tugas-tugas mengendalikan fail dan rekod pada peringkat-peringkat pewujudan, penggunaan, penyenggaraan dan pelupusannya;
  • Mendapat kefahaman tentang keperluan pengendalian rekod seperti mana yang diperuntukkan di dalam Akta Arkib Negara 2003 (Akta 626);
  • Menambah kefahaman tentang peruntukan perundangan lain yang berkaitan dengan Pengurusan Fail dan Rekod Kerajaan.