MENU

Di antara objektif penubuhan Majlis Daerah Pasir Puteh ialah seperti berikut:-

  • Mempertingkatkan perkhidmatan dan kemudahan asas kepada penduduk.
  • Meninggikan taraf hidup penduduk melalui pelaksanaan projek-projek pembangunan.
  • Mempastikan wujudnya perancangan pembangunan yang teratur dikawasan majlis.
  • Mempertingkatkan kebersihan dan keindahan Bandar dan tempat-tempat rekreasi dikawasan Majlis.
  • Memperteguhkan kewangan Majlis ke arah berdikari sesuai tarafnya sebagai sebuah organisasi yang berotonomi.

 

Strategi/Langkah Yang Diambil Oleh Majlis

Bagi mencapai objektif di atas, maka MDPP telah mengambil beberapa langkah/strategi. Antaranya ialah:

  1. Melaksanakan projek-projek pembangunan infrastruktur seperti pembinaan jalan, parit dan lain-lain.
  2. Melaksanakan projek-projek untuk meningkatkan aktiviti ekonomi rakyat seperti pembinaan pasar, gerai, gudang-gudang dan sebagainya.
  3. Melaksanakan dan menyelenggarakan projek-projek untuk kemudahan awam seperti taman-taman rekreasi, padang-padang permainan, dan sebagainya.
  4. Meningkatkan kawalan kebersihan dikawasan Bandar dan pekan-pekan kecil serta jalan-jalan utama diseluruh kawasan majlis.
  5. Mengadakan projek-projek yang boleh menambahkan hasil majlis seperti projek-projek pembinaan rumah gudang, kompleks membeli belah dan sebagainya.