MENU

Bahagian Pentadbiran dan Perkhidmatan :-

- Meningkatkan mutu perkhidmatan.

D - Dengan penuh tekun dan dedikasi.

- Perhubungan masyarakat sentiasa erat dan mesra.

P - Perkhidmatan adalah utk meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat Tempatan.

Organisasi pentadbiran Majlis Daerah Pasir Puteh di ketuai oleh seorang ketua yang berjawatan Yang Dipertua, kemudian dibantu oleh seorang Setiausaha, serta beberapa bahagian yang ditubuhkan di bawahnya. Antara bahagian-bahagian dan peranan secara ringkas adalah seperti berikut:

1. Bahagian Pentadbiran

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam semua urusan yang berkaitan dengan pentadbiran, melibatkan surat menyurat, sistem fail, rekod perkhidmatan kakitangan, urusan rasmi kerajaan, pemilihan paserta kursus dan sebagainya.

2. Bahagian Kewangan

  • Bahagian ini bertanggungjawab ke atas semua urusan yang berkaitan dengan kewangan dan juga hasil. Ini melibatkan penyediaan buku anggaran belanjawan tahunan,sewaan peralatan,loji dan jentera Majlis, sewa kedai,perbelanjaan gaji, pembelian peralatan pejabat, harta modal dan sebagainya yang merangkumi semua pendapatan dan perbelanjaan.

3. Bahagian Penilaian

  • Bahagian ini bertanggungjawab dalam segalaa urusan cukai pintu,bermula dari proses menjalankan penilaian, notis cukai pintu,tuntutan Caruman Bantu Kadar, tuntutan tunggakan, mengendalikan kes-kes rayuan cukai dan permasalahan yang timbul berkaitan dengan cukai pintu.