MENU

Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Di Antara Majlis Daerah Pasir Puteh Dengan BBGM Development Sdn. Bhd

Pada 29 April 2013, satu majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Di Antara Majlis Daerah Pasir Puteh Dengan BBGM Development Sdn. Bhd telah diadakan di Bilik Gerakan Majlis Daerah Pasir Puteh. Majlis yang berlangsung selama sejam telah dihadiri oleh Yang DiPertua MDPP, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Kelantan, Penolong Pengarah (Pelaburan) Unit Perancang ekonomi Negeri Kelantan, Pengurus Projek RKK Bandar Tok Bali, Pengarah Urusan BBGM Development. Majlis juga turut dihadiri oleh Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis, Setiausaha MDPP dan Ketua-Ketua Unit MDPP.

 

Majlis Perjanjian Usahasama