Meningkatkan keupayaan sistem penyampaian serta menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dari segi kemudahan fizikal, aspek keselamatan dan sosio ekonomi demi kesejahteraan masyarakat menerusi penggunaan sumber yang optimum. | | Untuk menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang mantap dan berdaya saing, adalah wajar Majlis Daerah Pasir Puteh melengkapkan organisasi dengan segala perundangan, akta, mempunyai kewangan yang kukuh dan stabil, perancangan yang mantap, pembangunan organisasi yang efisyen, penggunaan teknologi maklumat yang optimum, meningkatkan taraf penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan dan mengatasi segala kelemahan yang dikenalpasti untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan sebelum mencapai taraf sebuah perbandaran. |
Ke arah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang berdikari dan mencapai taraf empat bintang menjelang tahun 2015. | | Meletakkan suatu matlamat jangka panjang yang jelas untuk dicapai sebelum proses perbandaran dimulakan untuk menjadi sebuah Pihak Berkuasa Tempatan yang cemerlang dan disegani dengan mencapai taraf perkhidmatan empat bintang sebelum tahun 2015, di samping mengutamakan kestabilan pengurusan organisasi dan kewangan Majlis untuk menyempurnakan perkhidmatan kepada pelanggan bagi memenuhi setiap kehendak dan keperluan pelanggan serta meminimakan aduan dan kelemahan. |