Majlis Makan Malam dan Malam Sejuta Kenangan bagi Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Tanah Jajahan Pasir Puteh telah diadakan pada 29 Disember 2009 (Selasa) di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Di Pertua Majlis Daerah Pasir Puteh.
Majlis ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Pasir Puteh dan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh. Antara acara pada malam tersebut ialah:-
i) Anugerah Pekerja Cemerlang
ii) Cabutan Bertuah - Cabutah paling bertuah mendapat TV 29 inci
iii) Majlis Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang dalam Fiesta Sukan pada 26 Disember 2009