Majlis Daerah Pasir Puteh adalah sebuah Badan Berkanun Negeri atau lebih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang telah ditubuhkan pada 1 Januari 1979, selaras dengan penyususan semula semua Penguasa Tempatan di seluruh negara di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, atau Akta 171 yang dikuatkuasakan pada tahun 1976.
Jajahan Pasir Puteh ditadbir oleh dua buah Penguasa Tempatan sebelum penyusunan semula Penguasa Tempatan iaitu dikenali sebagai Lembaga Bandaran Pasir Puteh dan Majlis Tempatan Cherang Ruku, dengan beberapa kawasan baru yang terletak di luar kawasan dua penguasa tempatan tersebut.
Setelah penyusunan semula tempatan, Lembaga Bandaran Pasir Puteh telah bergabung dengan Majlis Tempatan Ruku dan nama baru bagi penguasa tempatan yang baru ialah Majlis Daerah Pasir Puteh. Setelah digazet, beberapa kawasan dimasukkan di bawah PBT ini seperti Selising dan Gong Datuk.