Jeram Mengaji
Jeram Mengaji baru dibuka pada tahun 2005 oleh orang persendirian, manakala infrastruktur dan kemudahannya dalam proses penyediaan. Walaubagaimanapun, pusat rekreasi ini sesuai untuk golongan yang inginkan ketenangan dan suasana flora yang nyaman. Di sini para pengunjung boleh mandi dan istirehat pada hujung minggu kerana ianya terletak jauh dari kesibukan bandar. Terletak 8 km dari Pekan Selising atau 25 km dari bandar Pasir Puteh. Pengangkutan yang boleh sampai di sini hanyalah teksi, tetapi juga disediakan bas sehingga ke Pekan Selising, tambang bas dari Pasir Puteh ke Pekan Selising RM 1.00, dan tambang teksi dari Pekan Selising ke Jeram Mengaji ialah RM 3.00 seorang manakala tambang teksi dari bandar Pasir Puteh ke Selising ialah RM 2.00 seorang.
[ Kembali ]