<<Kembali
Pesta Flora 2009 sempena Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan yang ke-59
Tarikh diadakan : 31 March 2009 - 11 April 2009
Masa : 8.00 pagi - 10.00 malam
Lokasi : Taman Tengku Anis,Jalan Padang Tembak,Pengkalan Chepa
Tema : "Warna- warni Keaslian Seni"
Pesta Flora Negeri Kelantan merupakan acara tahunan yang diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Perayaan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Al-Sultan Kelantan, disamping memberi pendedahan kepada rakyat negeri Kelantan mengenai keindahan dan kepelbagaian seni taman yang boleh diterapkan sebagai satu nilai dan amalan dalam kehidupan seharian.
Pesta Flora Negeri Kelantan adalah merupakan usaha kreatif Kerajaan Negeri untuk mempromosikan Negeri Kelantan di dalam dan di luar negara terutama dalam bidang landskap, taman dan bunga- bungaan. Ia juga bertujuaan mempromosikan Negeri Kelantan sebagai satu destinasi pelancongan yang indah dan menarik . Melalui Pesta Flora, kesedaran masyarakat terhadap kepentingan landskap, taman, dan bunga-bungaan akan meningkat dan seterusnya landskap akan menjadi satu budaya masyarakat.
Acara yang akan diadakan di dalam Pesta Flora melibatkan kretiviti dalam aspek pengindahan Seni Taman di samping pameran pelbagai jenis bunga-bungaan serta pokok hiasan dan juga lain-lain jenis flora dan fauna.
Pembangunan landskap adalah satu langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan pembangunan alam sekitar yang mampan dengan pembangunan landskap yang berkualiti. Dengan sebab itu kerajaan Negeri telah menganjurkan program sambutan Pesta flora pada setiap tahun bersempena dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Kelantan dan tahun ini merupakan sambutan yang ke 59. Pesta Flora tahun ini juga merupakan pesta yang ketujuh belas semenjak ianya mula diadakan sejak 1993 menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara datang ke Kelantan.