Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks 
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
CADANGAN MEMBINA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELISING
   

1) PENDAHULUAN

Jururunding Perancang Bandar Cerana Design Associates Sdn. Bhd. yang dilantik oleh Tetuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) untuk mendapatkan Kelulusan Kebenaran Merancang Cadangan Pembangunan Projek Pendidikan Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Selising yang Mengandungi 18 Bilik Darjah di atas Lot 3562 & 3409 Mukim Merbau, Daerah Bukit Jawa, Jajahan Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim.

Objektif Penyediaan Laporan

Berdasarkan kepada Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) Pindaan 1995 (Akta A933), ia memperuntukkan bahawa semua permohonan kebenaran merancang perlu menyediakan satu Laporan Cadangan Pemajuan (LCP) sebagai satu dokumen untuk membantu Pihak Berkuasa tempatan dalam menilai sesuatu permohonan berdasarkan kepada maklumat yang terperinci dan justifikasi yang jelas.

Objektif penyediaan LCP ini adalah seperti berikut:
i. Untuk mendapat kelulusan kebenaran merancang bagi cadangan tersebut.
ii. Menerangkan dengan terperinci cadangan pembangunan yang dicadangkan serta rasionalnya berdasarkan maklumat-maklumat yang dikemukakan.
iii. Menyediakan asas perancangan kepada Pihak Berkuasa Tempatan yang memberi pertimbangan dan kelulusan temhadap cadangan pembangunan yang dikemukakan.

Kandungan Laporan Cadangan Pemajuan
Secara amnya, kandungan Laporan Cadangan pemajuan (LCP) ini adalah merangkumi aspek - aspek dan perihal seperti berikut :

a.    Perihal Tanah
b.    Analisis Isu dan Potensi Tapak
c.    Potensi dan Halangan Tapak
d.    Dasar dan Garispanduan Pembangunan
e.    Rasional dan Justifikasi Cadangan Pembangunan
f.    Cadangan Pembangunan

2) PERIHAL TANAH
Ringkasnya, butiran lanjut berhubung dengan tapak cadangan adalah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1 seperti yang terdapat di bawah :

Jadual 1.1 : Perihal Tanah
 

PERIHAL TANAH

 

Pemilik Tanah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

No. Lot

3562 &3409

Keluasan Tapak

24.79 Ekar

Mukim

Merbau

Daerah

Bukit Jawa

Jajahan

Pasir Puteh

No. Syif Piawai

K6 -CIV

 

 Berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang terdapat di atas, cadangan pembangunan di atas lot ini perlu dibuat permohonan tukar syarat tanah yang diperuntukkan di bawah Seksyen 124A (Kanun Tanah Negara).

Halaman: 1  2  3  4  5  

   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
September 2010
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini