Saiz Teks    Warna Teks    Mendengar Teks 
Hubungi Kami | Soalan Lazim | Pautan | Bantuan | Peta Laman
DRAF RANCANGAN TEMPATAN PASIR PUTEH
   

RANCANGAN TEMPATAN PASIR PUTEH (BAB 1)

Rancangan Tempatan Pasir Puteh adalah merupakan suatu perancangan pembangunan guna tanah terperinci yang disokong dengan garis panduan perlaksanaan bagi tempoh perancangan 1999-2010. Perancangan ini disediakan sebagai lanjutan daripada Rancangan Struktur Pasir Puteh (1990) dan Rancangan Struktur Sebahagian Majlis Daerah Pasir Puteh (Pengubahan) (2000). Rancangan Tempatan ini disediakan dalam dua jilid iaitu Jilid Satu yang mengandungi Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis sementara Jilid Dua pula mengandungi Laporan Garis Panduan Perlaksanaan.


RANCANGAN TEMPATAN PASIR PUTEH (BAB 2)

Konsep dan strategi pembangunan kawasan Rancangan Tempatan Pasir Puteh digubal berpandukan kepada prospek pembangunan kawasan Rancangan Tempatan yang telah dirumuskan dari penganalisisan ke atas kekuatan dan halangan pembangunan kawasan kajian.


RANCANGAN TEMPATAN PASIR PUTEH (BAB 3)

Berdasarkan kepada strategi untuk menjadikan Pasir Puteh sebagai Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Jajahan serta objektif-objektif sektoral yang dirangka, Rancangan Tempatan Pasir Puteh ini telah merumuskan beberapa tindakan yang perlu diambil dalam rangka penyediaan cadangan terperinci bagi blok perancangan ini sebagaimana yang diringkaskan dalam jadual berikut



GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

Laporan Garis Panduan ini merupakan bahagian kedua kepada Rancangan Tempatan Pasir Puteh yang mana akan memperincikan aspek-aspek kawalan pembangunan. Ia akan berfungsi sebagai garis panduan kepada Majlis semasa memproses permohonan kebenaran merancang. Di samping itu juga ianya bertujuan untuk menyediakan garis panduan untuk membuat keputusan dalam merancang projek-projek pembangunan masa hadapan.


   
   
CARIAN
   
   
   
PERKHIDMATAN KAMI
   
   
   
KALENDAR
   
September 2010
Is Se Ra Kh Ju Sa Ah
29 30 1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 1 2 3
Lagi Peristiwa Bulan Ini